Trivia Mustapha Maarof

  • Beliau pernah mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
  • Memulakan kerjaya seninya sejak 1951
  • Sebelum menikahi Roseyatimah, Mustapha pernah memperisterikan pelakon jelita, Suraya Harun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Suzlynna. Namun perkahwinan itu hanya mampu bertahan selama tiga tahun sahaja apabila mereka berpisah pada tahun 1965.
  • Mustapha dan Roseyatimah mendirikan rumah tangga pada 1967, dikurniakan tiga anak iaitu Azlynna, Mohamad Rezainuddin dan Mohammed Khairuddin, namun Mohammed Khairuddin meninggal dunia akibat denggi ketika berusia tiga tahun.
  • Allahyarham adalah anak kepada peguam Melayu, Maarof Zakaria yang mengasaskan Bank Kebangsaan Melayu pada tahun 1947 dan nama Jalan Maarof di Bangsar dinamakan sempena bapa Allahyarham.
  • Sudah berlakon lebih 50 filem dan beratus-ratus drama televisyen, sama ada di Malaysia mahupun Singapura, dan lebih aktif bekerja di sebalik tabir sebagai produser drama dan iklan komersial serta video korporat menerusi Warna Motion Pictures.
  • Selain itu, beliau juga sibuk dengan aktiviti berpersatuan. Pernah menerajui Persatuan Seniman dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah FINAS.

Rujukan

WikiPedia: Mustapha Maarof http://www.imdb.com/name/nm6199400/ http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/15/datu... http://filemklasikmalaysia.blogspot.my/2012/05/per... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://isni.org/isni/0000000424730497 https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb167291451 https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb167291451 https://id.loc.gov/authorities/names/n2018220820